Seringkali kita mendengar terma 'secondhand smoker' yang merupakan istilah kepada mereka yang terhidu asap rokok.<br />Namun sebenarnya terdapat satu lagi terma iaitu 'thirdhand smoker' yang dalam istilahnya adalah 'asap basi' ditinggal perokok di sesuatu tempat atau benda.<br />Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Dr Nur Amani Ahmad Tajuddin 'asap basi' juga mengandungi bahan kimia rokok yang membawa kesan kepada kesihatan terutamanya bayi dan kanak-kanak.