Beberapa daerah di dalam dan luar Jakarta hari ini sudah mula menjalankan kerja-kerja pembersihan ekoran banjir yang dilihat semakin surut.<br /><br />Dalam pada itu, seramai 43 mangsa telah terkorban ekoran banjir yang melanda sekitar Jakarta sejak beberapa hari lalu.<br /><br />Menurut Ketua Pusat Data Informasi dan Komunikasi Kebencanaan (BNPB), Agus Wibowo menjelaskan, penduduk di jakarta sudah mula pulang ke rumah masing-masing bagi aktiviti pembersihan.
