Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional, TVET disifatkan sebagai pelaburan yang baik untuk pelajar menyambung pengajian dan menjadi pilihan majikan dalam pasaran kerja.<br /><br />Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr. Mohammad Naim Yaakub berkata, pelajar dan ibu bapa diingatkan agar tidak ragu-ragu untuk memilih bidang berkenaan.
