Golongan lelaki di negara ini disaran untuk melakukan ujian saringan awal kanser berikutan kurangnya kesedaran bagi mereka berbanding wanita yang lebih cenderung menjalani pemeriksaan bagi penyakit tertentu.<br /><br />Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata sebelum ini masyarakat banyak didedahkan dengan saringan awal kanser bagi penyakit yang sinonim dengan wanita seperti pap smear dan mamogram.
