Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pihaknya menyerahkan isu berkaitan pelantikan Menteri Pendidikan baharu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan.<br /><br />Guan Eng berkata, beliau enggan memanjangkan isu tersebut kerana tidak mahu kenyataannya disalah tafsir sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat.
