Calon Pakatan Harapan (PH) - Warisan, Datuk Karim Bujang memaklumkan tidak tahu mengenai pemberian 50 buah motosikal dalam majlis sambutan Hari Krismas yang dianjurkan sebuah pertubuhan, pada Sabtu.<br /><br />Menurut Ketua Warisan Bahagian Kimanis itu, bagaimanapun beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada Jawatankuasa Pilihan Raya bagi menyiasat sekiranya benar parti Warisan telah melanggar Akta Pilihan Raya.
