Taktik serangan peribadi yang digunakan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis oleh mana-mana calon tidak akan membuahkan hasil untuk memancing hati pengundi di Parlimen itu.<br />Peganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah (Ums), Dr Romzi Ationg berpendapat, sebaliknya perkara itu hanya akan menjejaskan kredibiliti pihak yang berbuat demikian.