Polis akan melancarkan Ops Libero Purus iaitu operasi membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan penjawat awam mulai tahun ini.<br />Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Khalil Kader, pihaknya akan bekerjasama dengan setiap pengarah kementerian dan agensi kerajaan untuk mengesan golongan itu.
