Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala richter yang berlaku di utara Sumatera jam 2.05 petang waktu tempatan turut dirasai di beberapa kawasan di Pulau Pinang.<br />Antara yang merasai gegaran termasuk pekerja yang bertugas di bangunan NB Tower, Butterworth dan penuntut Penang International Dental College selepas bangunan 21 tingkat itu seolah-olah bergoyang kira-kira jam 2.10 petang Selasa.