Kuala Lumpur melakar sejarah baharu apabila diiktiraf sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).<br /><br />Pengiktirafan ini diberikan kepada bandar raya yang menunjukkan komitmen yang tinggi kepada aktiviti berkaitan dengan buku, kesusasteraan, kesenian dan gerakan membaca dalam kalangan warga kotanya.<br /><br />Sehubungan dengan hal itu, Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia mengangkat slogan “KL Baca: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan” serta mengetengahkan konsep kepelbagaian budaya dan pemuliharaan alam sekitar.
