Kerajaan disaran menggubal dasar yang lebih baik dan tegas bagi mengekang aktiviti berkait jenayah dadah, yang makin sukar dibendung ketika ini.<br />Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu perlu disegera memandangkan dasar dadah negara yang diperkenalkan 20 tahun dahulu, dilihat jauh terkebelakang.