Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3, Bidor, Perak merampas 1.2 tan daun ketum bernilai RM200 ribu dalam tempoh tiga hari di kawasan ops wawasan di Kedah dan Perlis.<br />Menurut Pegawai Pemerintah Medan, Suprintenden Rosman Kasman, dalam operasi pertama Jumaat lalu pihaknya turut merampas tiga buah motosikal bernombor plate Thailand dan sebuah motosikal tempatan.