Mayat seorang lelaki ditemui tanpa kaki dan tangan kanan di anak sungai Kalumpang Tawau pada Khamis akibat serangan buaya.<br /><br />Pasukan Bomba dan Penyelamat Tawau dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Balai Polis Sri Indah Tawau menemui mayat tersebut pada pukul 10.20 pagi dalam satu operasi mencari dan menyelamat.<br /><br />Ia berikutan aduan kehilangan seorang pekerja syarikat Semporna Estate Sendirian Berhad Sungai Mas Teck Guan, pada Rabu.