Tindakan licik sindiket pengedaran dadah di Pulau Pinang mencampurkan dadah MDMA dengan jus minuman berperisa dalam botol akhirnya terbongkar apabila aktiviti mereka berjaya dikesan pihak polis.<br /><br />Dalam serbuan di dua lokasi di Pulau Tikus, George Town dan Bukit Tengah, Bukit Mertajam pada Khamis, tujuh individu termasuk dua pasang suami isteri ditahan.