Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat 1.5 tan dan dianggarkan bernilai RM144.9 juta.<br /><br />Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, hasil serbuan di sebuah rumah teres dan dua kondominium di sekitar Kuala Lumpur itu juga menyaksikan penangkapan sembilan individu.