Keputusan melantik bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dilakukan kerana pengalaman Ahli Parlimen itu di dalam kerajaan sebelum ini.<br /><br />Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan Pakatan Harapan memerlukan pemimpin yang mempunyai pengalaman seperti Tok Pa.
