Kegembiraan 18 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) chendering berkelah di Pantai Pandak, Kuala Terengganu, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang.<br />Difahamkan, kumpulan penuntut berkenaan ke pantai itu kira-kira jam 5.30 petang Sabtu dan setiba di lokasi, 14 daripada mereka dikatakan mandi-manda sebelum tiga mangsa dihanyutkan ombak.
