Pakatan Harapan (PH) akan tingkatkan usaha untuk menangi semula hati rakyat.<br />Demikian luahan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis yang berpihak kepada Barisan Nasional.<br />Tegasnya, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad, malah beliau sendiri dan kepimpinan PH akan memikirkan langkah yang lebih berkesan untuk menawan semula hati rakyat.