Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli merasmikan Hospital Tunku Azizah pada Isnin.<br />Dalam titah ucapan perasmiannya, Baginda menzahirkan rasa terharu atas inisiatif kerajaan menamakan nama hospital terbabit dengan nama Baginda.<br />Titah Baginda, kesihatan anak-anak sejak lahir perlu dititik beratkan terutama dalam mendapatkan imunisasi yang dituntut oleh kerajaan.
