Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata setakat ini tiada keperluan menisytiharkan kecemasan kesihatan global berikutan penularan Koronavirus.<br />Kenyataan badan dunia itu menyusul tindakan pihak berkuasa China menutup tiga bandar dan membatalkan acara besar-besaran di Beijing ketika Tahun Baru Cina untuk mengekang penularannya.
