Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengekang penularan Novel Koronavirus sejurus ia mula dikesan di rantau ini. <br />Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Kamarulzaman Zainal berkata pematuhan itu melibatkan semua kakitangan yang bertugas di kedua-dua pintu masuk utama perkhidmatan kereta api di Johor Bahru, Johor dan Padang Besar, Perlis.
