Negara masih berada dalam keadaan berjaga berjaga susulan penularan novel koronavirus di serata dunia. Setakat ini, empat kes positif virus tersebut disahkan di Malaysia.<br /><br />Semalam, seorang wanita warganegara China dirujuk ke Hospital Bintulu, Sarawak kerana disyaki mempunyai simptom virus tersebut. Bagaimanapun, wanita tersebut masih belum disahkan positif koronavirus dan kini masih dalam pemantauan.<br /><br />Editor AWANI Sarawak, Assim Hassan, kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
