Jelas Timbalan Perdana Menteri, kerajaan belum mengadakan sebarang sekatan aktiviti luar termasuk perhimpunan dan persidangan kerana kluster koronavirus di negara ini.<br /><br />Ujarnya, sehingga kini tiada sebarang arahan mahupun prosedur dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melarang sesuatu perhimpunan diadakan di negara yang terlibat dengan kluster koronavirus (2019-nCoV).
