Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis menafikan berita tular di media sosial, bahawa kes pertama novel koronavirus telah dikesan di negeri itu, kononnya di Stesen KTMB Padang Besar.<br />Pengarahnya, Dr Sirajuddin Hashim berkata, seorang wanita berumur 69 tahun berasal dari Hong Kong dikesan demam ketika saringan di pintu masuk negara di Padang Besar, pada 11.45 pagi Jumaat.
