Bermula tengah malam tadi, pengguna di semua Lebuh Raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan menikmati pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi penggunaan kenderaan persendirian.<br />Langkah mengurangkan kadar tol yang diumumkan kerajaan menyaksikan kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan berkurang daripada 13.6 sen/km kepada 11.15 sen/km.<br />Kadar tol itu lebih rendah berbanding yang dikenakan pada tahun 1999 iaitu 11.24 sen/km.