Langkah kesiapsagaan yang diambil kerajaan dalam menangani wabak novel koronavirus adalah melebihi daripada apa yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO.<br />Tegas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Malaysia terlebih dahulu mengambil semua tindakan yang perlu, sebelum pengisytiharan darurat kesihatan global oleh badan itu, pada Jumaat.
