Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di Wuhan, China.<br />Menurut kenyataan Malindo Air hari ini, penerbangan itu adalah bagi laluan Kota Kinabalu - Tianjin - Kota Kinabalu berkuat kuasa bagi tempoh sementara iaitu 1-29 Feb, 2020 dan Johor Bahru - Guangzhou - Johor Baru berkuat kuasa 11-29, Feb, 2020.
