Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan seorang warga Kanada dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana disyaki positif koronavirus.<br />Beliau menjawab soalan wartawan mengenai foto tular yang mempaparkan pasukan Hazmat dan anggota polis berada di menara 3 Petronas, bangunan KLCC sejak pagi tadi.<br />Dalam satu sidang media, Dr Dzulkefly berkata pihaknya akan terus berhubung dengan HKL bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.
