Seorang penjual santan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas dakwaan menyebarkan berita palsu berkaitan koronavirus menerusi laman sosial Facebook Gabungan Anak Terengganu Original (GATE).<br />Bagaimanapun tertuduh Marzuki Abdullah, 40 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.
