Sejak serangan dan pengeboman yang berterusan di Syria Disember lepas, pelbagai misi digerakkan bagi membantu rakyatnya oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan, NGO tempatan dan antarabangsa.<br />Antara lain, matlamatnya ialah menyediakan kemudahan asas buat mangsa-mangsa perang terutamanya kanak-kanak.<br />Bagi organisasi bantuan dan pembangunan kemanusiaan antarabangsa, Islamic Relief Malaysia, IRM misalnya, selain bantuan seperti makanan, ubat ubatan dan perlindungan, ia turut menggembleng sokongan yang bersifat untuk kelangsungan hidup.
