Di Pulau Pinang, ribuan penganut Hindu serta pelancong dari dalam dan luar negara membanjiri sepanjang Jalan Lebuh Penang ke Kuil Sri Arulmigu Bala-Thandayu-Thabani di Jalan Kebun Bunga, sempena perarakan Thaipusam hari ini.<br /><br />Kebanyakan mereka berkumpul seawal pukul lima pagi bagi melihat perarakan pedati dan pada masa sama membayar nazar disamping memohon restu Dewa Murugan.