Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO tidak pernah membincangkan isu Pakatan Nasional seperti yang digembar-gemburkan oleh pemerhati politik sejak kebelakangan ini.<br /><br />Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengesahkan perkara itu berkata, mereka hanya membincangkan usaha untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional yang terjalin antara parti itu dan Pas.
