Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan rambang akibat amukan seorang anggota tentera di Nakhon Ratchasima pada Sabtu.<br /><br />Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata dalam entri terbaharu di akaun Facebook rasminya hari ini, setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terlibat.
