Rumah kediaman seorang Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kampung Perupok, Pasir Mas, terbakar selepas dibaling bom botol oleh individu tidak dikenali dipercayai angkara khianat, awal pagi ini.<br />Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, pemilik kediaman, Razman Pak Dek yang bertugas di Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Kota Bharu tiada di rumah kerana terbabit dalam satu operasi.
