Ekonomi Malaysia tumbuh 3.6 peratus pada suku keempat 2019 sekaligus menjadikan ia pertumbuhan paling lemah sejak akhir 2009.<br />Menurut pengumuman oleh Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunos, pertumbuhan itu kekal dipacu oleh perbelanjaan sektor swasta yang lebih tinggi pada 7.4 peratus.<br />Sementara bagi tahun penuh 2019, ekonomi negara tumbuh 4.3 peratus berbanding 4.7 peratus pertumbuhan yang direkodkan pada 2018.
