Polis menahan sembilan individu yang didakwa membuat kecoh dan bergaduh dalam kejadian di Balai Polis Port Dickson pada Rabu.<br />Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mereka ditahan bagi membantu siasatan kerana merusuh, membuat ugutan jenayah terhadap anggota polis dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
