Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali mengulangi janjinya untuk meletak jawatan selepas penganjuran sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 pada November ini.<br />Tun Dr Mahathir menambah, beliau juga tidak terlibat dengan mana mana gerakan untuk menghalang Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mengambil alih jawatan tersebut.