Bermula dengan cita-cita mahu menjadi pemandu lori. Nur Aiman Zariff meniti jalan getir sebelum lakar sejarah dinobatkan sebagai penyarung mutlak jersi merah, Raja Bukit Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020<br /><br />Kejayaan sekali gus menjadikan pelumba pasukan Sapura Cycling (TSC) ini anak tempatan meraih gelaran berkenaan sejak 1996.
