Tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat di dalam insiden kekecohan ketika sekumpulan lelaki cuba menghalang penguatkuasa Imigresen melaksanakan tugas di Batu Caves, pada Jumaat malam.<br />Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menerima laporan daripada Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berhubung insiden itu.