Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan Kementerian Kesihatan tidak dimaklumkan bahawa Universiti Malaya menggunakan khidmat sukarelawan dalam kalangan penuntut untuk mengendalikan pelajar China.<br />Justeru katanya, Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan susulan dengan Kementerian Pendidikan berkaitan isu itu.
