Perdana Menteri Palestin membidas Pelan Damai Asia Barat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dengan berkata ia bakal berkubur tidak lama lagi.<br /><br />Bercakap di Persidangan Keselamatan Munich, Mohammad Shtayyeh berkata pelan itu tidak lebih daripada memo persefahaman antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Trump.
