Seorang lelaki cedera di kaki kanan akibat tertusuk besi longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ke dalam longkang di Jalan Bukit Puteri, Puteri Jaya, Sungai Petani.<br />Pihak Bomba Dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani yang dikejarkan ke lokasi kejadian bagaimanapun berjaya mengeluarkan besi tersebut daripada kaki mangsa.
