Pelan tindakan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sedang dirangka Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sebelum dibentangkan kepada anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akhir tahun ini.<br />Ia bakal menggantikan Agenda Tindakan Boracay yang matang penghujung tahun ini selepas dilancarkan di Filipina sewaktu menjadi tuan rumah APEC pada 2015.
