Keputusan siasatan ke atas sebahagian struktur kondominium 37 tingkat dalam pembinaan yang runtuh di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini jumaat lepas dijangka siap dalam tempoh sebulan.<br />Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata, pegawai Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berada di lapangan sejak insiden itu berlaku, mengumpul maklumat dan bukti untuk menjalankan siasatan dalam pelbagai aspek.