Ketua Polis Negara mengesahkan, empat anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ditahan pada Selasa susulan dakwaan memeras ugut seorang ahli perniagaan Taiwan yang dikatakan terlibat dalam memproses dadah.<br />Difahamkan, ahli perniagaan itu membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati kondominiumnya yang menjadi makmal pemprosesan dadah di Cheras, diserbu walaupun mendakwa membayar tiga juta ringgit kepada empat polis berkenaan.
