Tiga bidang keutamaan menjadi fokus pada Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) pertama, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dalam membentuk Visi APEC Pasca-2020.<br /><br />Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2020, Hairil Yahri Yaacob berkata garis panduan asas yang ditetapkan adalah berteraskan kepada aspirasi bagi mewujudkan peluang yang sama kepada setiap rakyat di rantau ini.
