Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan parti akur dengan keputusan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan selepas kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).<br />Katanya, pendirian parti adalah jelas untuk memberikan sokongan kepada Tun Mahathir menjalankan tugas Perdana Menteri sehingga tempoh yang dipersetujui.
