Bekas jurulatih skuad terjun kebangsaan yang didakwa merogol seorang atlet terjun kebangsaan pada 2017 dibebaskan buat kali ketiga oleh Mahkamah TinggI Kuala Lumpur pada Jumaat.<br /><br />Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengarahkan Huang Qiang, 38, yang dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah sesyen pada 2018 dan 2019, untuk dibebaskan selepas menolak rayuan oleh pihak pendakwaan.