Lebih 30 ribu peminat bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menggamatkan suasana di stadium baharu iaitu Stadium Sultan Ibrahim sempena perasmiannya pada Sabtu malam.<br /><br />Nyanyian lagu "Ayuh Johor" dan "Hidup Mati Johor' dengan pukulan gendang memeriahkan lagi upacara pembukaan stadium yang dikatakan bertaraf antarabangsa.