Bakal Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan ahli Dewan Rakyat apabila Parlimen bersidang kelak.<br /><br />Menurut Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali, sekiranya tidak berbuat demikian, Ahli Parlimen Pagoh itu mungkin berdepan undi tidak percaya daripada ahli Dewan Rakyat.
